Thursday, 18 September 2014

Hari kemerdekaan yang ke-57 begitu bermakna dalam hidupku ♥

Hai semuaaaa C: actually I nak update blog pasal kemerdekaan ni sepatutnya after merdeka but I lupa so throwback lah hahaha :D
Nak tahu perjalanan kami sebelum hari sebenar ? Marilah kita sama-sama baca kisahnya.
Pada tanggal 4 ogos 2014, I dgn geng merdeka I kena bangun awal seawal jam 5.00 pagi utk siap mandi apa semua.lepastu bertolak dari sekolah pukul 6.30pag.Korang boleh bayangkan.Bangun terlalu awal membuatkan orang nak lelapkan mata.Sesudahnya sampai sana, kami disusun mengikut nombor.saya dan geng Merdeka membuat training di Stadium Matsushita di Shah Alam.Masa hari pertama kat sana, suasananya begitu pelik,janggal dan sebagainya kerana di sana, kami berjumpa dengan pelbagai orang.Nak diceritakan, sebenarnya ada 56 sekolah yang terlibat untuk persembahan padang.Persembahan padang ni hanya kontigen selangor je yang buat.tapi kira selangor je dah berapa dah hahaha perghh.
Kami berada di Stadium Matsushita selama 2 minggu.Kami dapat kawan baru yang baik² and tak sombong hehe :)
Setelah dua minggu berada di sana, kami rasa begitu sayu nak tinggalkan stadium tu kerana dari situlah lahirnya sebuah persahabatan dan juga senamrobik yang sering dilatih oleh ju² kami.Ya Allah ! Rindu sungguh :/ Kini di Stadium Putra Bukit jalil.Kali ni kena bangun lebih awal iaitu pukul 4.00 pagi.kami bertolak dari sekolah pada jam 5.30 pagi.Kami berlatih di stadium itu selama seminggu.Tapi yang special sikit, kali ni ada kontinjen KL sekali.Mula2 memang rasa pelik tapi lama² okay lah.Semasa buat latihan utk logo 57,peta,dan warisan.Stadium ini terlalu sempit buat kitaorg utk berlatih sebab terlalu sempit dan ramai orang.Tapi syukurlah hanya seminggu je biarpun seminggu tu agak lama.
Selepas seminggu berlalu, kami pula berpindah ke Sjkc PandaMaran B.dewannya boleh tahan besar dan selesa kerana disediakan kipas.hahaha.Kami training di sana hanya sehari je.sebenarnya ketika itulah hari terakhir ju² kami membuat latihan senamrobik.Sedih sungguh :(
Dan destinasi terakhir yang kami tuju adalah Dataran Merdeka or Merdeka Square hehe.Kali ini kami kena bangun seawal yg mungkin sebab takut jam teruk.Kami berlatih disana selama seminggu juga.Ketika disanalah kami mula buat latihan raptai kemerdekaan bersama kontijen KL.
Akhir sekali, hari yang dinanti-nantikan semua orang sudah tiba.Hari bebas daripada penjajah luar! Pada tanggal 31 ogos 1957 , negara kita telah bebas daripada penjajah Inggeris! So ayuhlah kita laungkan "MERDEKA" sebanyak 7 kali.Bangun seawal jam 3.00 pagi dan bergerak dari sekolah pada pukul 4.30 pagi dan tiba disana seawal jam 5.30 pagi.Kami rasa begitu gementar kerana ini hari penting.Kebanyakan pejuang pada ketika dulu teekorban kerana ingin selamatkan negara yang tercinta.Oleh itu, pada hari penting itu, kami harus buat yang terbaik!!
Setelah selesai melakukan persembahan, kami berasa begitu sayu kerana perlu meninggalkan dataran Merdeka dan juga kawan² di sana.Kami dah macam satu family.Buat latihan sama², buat senamrobik² bersama, kena marah apa semua haih.Begitu banyak kenangan manis.Dari situ lahirnya sebuah persahabatan yang semakin akrab yang mula² tidak begitu rapat.Ya Allah, pengalaman ini tidak akan ku lupakan.Terima Kasih kerana memberiku peluang untuk hidup di duniaMu ini dan dapat melakukan persembahan kemerdekaan ini :') And tak lupa juga terima kasih kepada JU² terbaik kami dan juga guru² pengiring yg banyak berjasa.Tanpa kalian,mungkin persembahan kami biasa² saja.Terima kasih.Selangor Awesome !!!!!