Friday, 9 May 2025

Berbaloi mencari ilmu di UOC Top Universiti

 Perasan tak sejak kebelakangan ini, golongan anak muda seperti tidak berminat nak menyambung pengajian di universiti mahupun di kolej. Katanya kerana ingin mencari duit dahulu kerana komitmen tinggi !


Fuh bila baca rasa kesian mereka kerana perlu bekerja keras mencari rezeki halal untuk komitmen.Faham bukan semua berkemampuan untuk belajar di universiti kerana kos belajar juga bukannya murah.


Tapi, yang mereka taktahu sebenarnya banyak faedah bila mereka "upgrade" ilmu dengan sambung belajar di universiti.Salah satu faedahnya mereka boleh "demand gaji" kerana sijil belajarnya.


Contohnya, si A berminat menjadi nak menjadi guru taska sebab dia sukakan budak-budak. Tapi si A ni tak mampu nak biayai kos belajar di universiti maka dia perlu simpan impiannya dahulu. Sebenarnya di setiap universiti atau kolej mana-mana pun kebanyakan ada tajaan jika mencari saluran yang betul. Syaratnya kena scor 4 flat setiap semester.


Bukan pasal tu nak ulas, sebenarnya kalau kita betul2 nak upgrade ilmu ni benda yang bagus dan baik sebab ilmu yang kau belajar ni kau takdapat kat luar dan kau akan rasa lagi semangat nak belajar betul-betul sebab kau akan lalui pengalaman mencari ilmu sebelum kau lalui dunia pekerjaan yang sebenar !


Kemudian, bila semakin ramai golongan muda berminat nak belajar dan berjaya mendapat sijil pengajian, sedikit sebanyak akan melahirkan golongan muda yang menyumbang kepada ekonomi dan sosial negara dimana ia memberi kesan yang positif buat semua. 


Contoh, awak berjaya habis belajar dan awak dapat pekerjaan idaman awak mestilah awak happy kan ? Dan jika awak berjaya dalam pekerjaan pun mestilah awak happy sebab awak dapat gaji yang awak nak, dapat naikkan aset negara dengan lebih baik kerana semua Allah s.w.t izinkan awak berusaha dan berjaya dan dapat apa yang awak nak.


Nak berjaya senang, mindset positif ambil benda baik je, usaha dan smartwork pun berjalan lancar dan sentiasa bertanya guru inshaAllah pasti mudah untuk awak.


Jap, awak kata SPM awak result teruk ? Kena ingat ni.Walaupun awak mungkin tak berjaya di bahagian akademik tetapi awak ada kelebihan dalam kemahiran jadi ilmu tu kat mana-mana ada cuma jangan malas je.Kalau taktahu apa bakat awak, cari dan kenali diri sendiri dan minta keluarga awak beri sokongan okay? Jangan give up.


Saya tengok University of Cyberjaya ni menarik sebab Uoc merupakan Top Universiti yang sangat dikenali, ada banyak diploma course yang disediakan cakap je diploma apa semua ada. Sekarang ni hospital selalu penuh pesakit kan ? Diploma nursing pun ada juga better grab peluang ni korang !


Uoc sekarang ada buat intake pelajar untuk bulan July dan October so jom jangan lepaskan peluang jika niat di hati tu dah ada ! Boleh hubungi en shahrin di link sini wa.me/60166252738?=UOCintake

Thursday, 8 May 2025

Kau penat sebab kau lupa nak sayang diri sendiri

 Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum semua ! Fuh lama betul tinggalkan dunia blogger ni ek. Yela 2 tahun ni busy menjaga anak sorang plus lately ni banyak perkara yang aku lupa.Maybe sebab aku kurang rehat so fokus tu lari dan ingat benda-benda rutin yang aku buat sekarang je.


Okay bukan nak tulis tentang tu, actually aku nak tulis tentang aku flashback kehidupan aku dulu zaman remaja sampailah zaman umur kewanitaan aku sekarang (umur 27 tahun ni). Banyak perkara yang aku sedar rupanya banyak sangat2 perubahan dalam diri aku yang baru aku nampak (bukan sebab purdah tau, sebab lain).


Beberapa hari yang lalu, aku tiba-tiba teringat zaman remaja aku.Aku ingat ada je moment happy dan moment sedih.Aku tengah cuba nak ingat macamana aku boleh follow the flow walaupun aku ada je sedih like macamana aku handle emosi aku dengan nak fokus belajar dan sebagainya. Actually aku rindu diri aku yang kuat dan ceria tu.


Dulu aku ceria juga walaupun aku tahu ada je yang judge aku or ngata aku tapi aku tak balas pun and try ambil positif jela sebab fikir mungkin betul aku memang ada silap. Aku macam tutup diri aku yang ceria tu sebab fikir kang orang taksuka and judge aku macam2. Time tu aku berhati-hati jela dengan orang keliling aku and try fokus diri aku.


Sekarang bukanlah tak ceria tau tapi aku jadi lebih hati-hati sebab aku takut buat benda yang boleh buat orang sakit hati sebab aku dah penat nak layan drama nak happy2 and berbaik je dengan semua orang lagi2 umur dah hampir2 30 ni dah tak muda lagi.


Dulu aku taktahu macamana nak handle emosi aku sebab benda2 kecil je macam orang tu dah berubah tak layan aku aku cepat je terasa tapi tak bagitahu simpan jela dalam hati tapi bila sampai rumah, hati dan fikiran still fikir.


Sekarang bila dah ada anak ni, aku try ajar diri aku untuk manage fikiran dan hati supaya tak terlalu fikir benda2 lain dan fokus je pasal kehidupan aku.Aku bukan taknak layan orang tapi aku sejenis sedar diri dan cuba faham keadaan orang lain yang mungkin busy dan lain-lain. Aku dah taknak rasa apa-apa dah sebab aku kena kuat jaga emosi lagi2 ada anak kecil yang melihat sikap ibu bapanya.Bila praktis fokus diri dan tak layan perasaan tu, alhamdulillah aku nampak kebaikannya.


Kebaikannya ialah aku takperlu pening2 fikir benda lain la.Bagi aku tak mudah nak switch mindset untuk sentiasa positif all the time but life goes on so nak taknak kena ajar diri sayangkan diri dulu dan kekal fokus. Dan fikir baik-baik je sebab kalau fikir bukan2 akan effect emosi tak baik kan.


So moral of the story, pilih perkara yang kau rasa penting dan baik dalam hidup kau supaya kau rasa tenang.Orang memang datang dan pergi jadi kau dah boleh sebati perkara ni walaupun ada sesetengahnya meninggalkan kesan di hati tapi kau anggap jela ada hikmahnya dan ingat semua manusia tak kekal termasuk aku dan Hanya Allah s.w.t je kekal.


Nak survive dalam hidup ni senang je, kau doa minta tolong Allah bantu kau, kau praktis manage emosi kau, kau upgrade skill untuk kehidupan supaya apa-apa nanti kau boleh handle walau sorang sebab kena ingat, orang tak selalu ada untuk bantu kita.


Tu jela beza dulu dan sekarang.Aku harap hari demi hari aku menjadi versi yang lebih baik, lebih hargai diri sendiri dan tak mudah melatah dalam apa apa situasi.Semuanya untuk tenang semata-mata.

Doorgift Kahwin Viral Seisi Keluarga

 "Selamat Pengantin baru dan tahniah diucapkan buat keluarga pengantin kedua-dua mempelai- ucapan dari tetamu


Sebagai tanda penghargaan kepada para tetamu, kami HADIAHKAN DOORGIFT KAHWIN HAJI ZAINOL yang istimewa iaitu:- 


✅️ Mini size sos cili dan kicap berat 150gram


Wah comelnya ! Botol kecil senang nak pegang dan bawa. Yang penting TAHAN LASAK, TAHAN SELAMA 2 TAHUN DAN HALAL !


Rupanya senang nak buat tetamu gembira. Gembirakan tetamu kan sebahagian daripada ADAB MELAYAN TETAMU. Tak kisah apa bentuk hadiah yang penting IKHLAS.


Untuk tempahan doorgift majlis kahwin hendaklah buat tempahan 2 BULAN SEBELUM TARIKH MAJLIS ya kerana order ikut que 


Untuk quotation boleh mesej saya di ws wa.me/60137223279?text=doorgiftkahwinhaji


#doorgift #kahwin #sanding #event #aqiqah #doorgiftkahwin #kicap #soscili