Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Harini ira terdetik nak menulis tentang istiqomah dalam membuat perubahan diri. Sebelum tu, anda dah buat senarai tentang perkara baik dan perkara tak baik yang anda buat ? Ira sarankan cuba buat senarai supaya anda dapat membezakan baik dan buruk. Bila dah buat senarai, anda kena tentukan jalan mana yang ANDA nak pilih dalam hidup anda sendiri.
Misalnya anda pernah melawan cakap ibu bapa dan sebagainya. Cuba bayangkan kalau asyik buat macamtu, anda rasa anda akan dapat kebahagiaan dalam hidup ? Jawapannya tak. Macamana nak bahagia kalau anda buat perkara yang Allah s.w.t taksuka. Baca dulu hadis kat bawah ni.
Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As-Sa'idi RA berkata: "Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada Baginda SAW. Lelaki tersebut bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal?." Baginda menjawab: "Ya, mendoakan dan memintakan keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung jalinan silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka." (Hadith riwayat Abu Dawud, No. 5142, Ibn Majah, No. 3664, Ahmad, No. 15479)
Lagipun dapat pahala jika kita berbuat baik kepada ibu bapa kita. Sebenarnya banyak lagi perkara yang kadang kita tak sedar kita ni dah berdosa besar tau macam RIBA tu. Biasanya berlaku dalam hutang dan nak buat bayaran. Tiba2 ada bayaran tambahan pula kalau lambat bayar. Nampak je macam biasa tapi DOSA TAU. Pastu rajin2 la pergi masjid dengar ceramah. Kalau perempuan digalakkan solat kat rumah untuk elak fitnah. Dengar ceramah kat tv or youtube pun boleh
MACAMANA NAK ISTIQOMAH???
Mula2 tanya diri sendiri dan pilih jalan mana anda nak. Lepastu dah buat keputusan untuk pilih jalan dekatkan diri dengan ALLAH, usaha perlahan2. Tanamkan dalam hati nak tinggalkan segala PERKARA MUNGKAR. Then, buat senarai perkara baik yang anda nak buat. Kenapa saya suruh buat senarai ? Kerana kita manusia mudah lupa jadi bila menulis inshaAllah senang ingat.
Lagi satu, kita dah berada di era fitnah. Ira advice tolong ingat pesan Rasulullah s.a.w tentang 2 perkara yang ditinggalkan kepada kita iaitu AL-QURAN DAN AS SUNNAH. Rasulullah berpesan sekiranya kita berpegang 2 perkara ni inshaAllah kita tak sesat. Sila berhati2 dan buat kajian kalau nak berguru.
Bagi perempuan, kalau nak berhijrah dan berubah benda pertama ialah AURAT. Ini kerana aurat perempuan banyak yang perlu ditutup, cuma muka dan telapak tangan je nampak. Jadi ira sarankan cuba slow2 pakai tudung tutup dada, pakai handsock dan stokin kalau nak kemana mana je. Ira dah cuba dan memang jadi sampai rasa tak selesa kalau tak pakai stokin. Cubalah, inshaAllah boleh istiqomah.
Yang terakhir, SOLAT JANGAN TINGGAL WALAU SAKIT! Islam ni mudah. Ada cara tayamum kalau takde air nak ambil wuduk.Bayangkan dari kecil sampai besar tak solat langsung. Macamana nak kira jumlah nak qadha' solat tu. Jawapan dia qadha je, sekurang-kurangnya kita ada usaha nak berubah. Rugi tau tak solat sebab Allah sayangkan hambaNya yang ingat kepadaNya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
No comments:
Post a Comment