Thursday, 7 December 2017

Give people a happiness...

Assalamualaikum and hi readers ! Harini saya akan kongsikan tentang mengapa saya ingin membuat bouquet chocolates...

Hati ni terdorong nak buat sebab yelah saja nak mengasah bakat sendiri dan kerana nak bagi kakak happy. So kita beli lah barang-barang sikit untuk buat tu.. beli coklat, sugar paper flower wrap, plastik flower wrap, lidi, riben, dan span. just susun-susun je and balut dengan kemas...inilah hasilnya *heart eyes*  I hope kakak akan suka hadiah yang saya buat ni..okaylah itu sahaja nak dikongsikan...banyak lagi kena belajar dan perbaiki..

Wednesday, 6 December 2017

"Sahabat dan bestfriend"



Sahabat dan bestfriend

Bismillahirrahmanirrahim......Sebelum membaca, kita zikir lah nama nama Allah yang indah dulu, ya rahman ya rahim ya hakim, ya razak...
Assalamualaikum dan hi readers. Harini saya akan kongsikan tentang "Sahabat dan Bestfriend". Sebenarnya takde beza pun maksud dia, yang beza cuma language atau bahasa yang digunakan dan meaning dia still sama. Sahabat bererti hubungan antara manusia sesama manusia boleh dibina jika mereka menjaga silaturrahim antara satu sama lain dan ia membawa kepada hubungan persahabatan.

Pada pendapat saya, sahabat tu seseorang yang kita kenal yang boleh dipercayai, bantu saat susah dan senang, selalu utamakan orang lain daripada diri sendiri, jujur, amanah yang mendorong kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Tetapi bukan semua orang memiliki sifat sempurna dan tak pernah melakukan kesalahan. Biasalah sekiranya kawan-kawan kita pernah buat salah kat kita dan kita pun pernah buat salah kat mereka.

Untuk memiliki hubungan persahabatan yang kukuh, kemaafan itu elemen yang penting bagi mengeratkan hubungan persahabatan kerana jika kita bermaafan, hati kita akan lapang dan tenang, pada masa yang sama hubungan yang dipupuk semakin utuh.

Selain itu, jika sahabat kita buat salah cubalah tegur dengan cara elok. Depa nak dengar atau tak terpulang, asalkan kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai sahabat. Misalnya sahabat kita buat perkara terlarang yang Allah taksuka, kita patut main peranan dengan menunjukkan contoh yang baik supaya sahabat kita boleh ikut cara kita yang elok agar mereka tidak terpesong jauh.

Seterusnya, sekiranya sahabat kita jenis keras hati dan susah nak mendengar pendapat orang lain, apa salahnya kita mendoakannya agar hati dia lembut dan mudah menerima segala teguran. Ingat satu je, niat dan hati orang mungkin lain-lain tapi apa saja orang tegur cubalah terima sekiranya memang ada kesalahan yang kita buat tapi kita pun perlu menjadi orang yang lebih baik supaya Allah sayang kita.

Bagi persahabatan antara lelaki dan perempuan, yang ni kena fokus dan ingat betul-betul. Bila berkawan, cuba elakkan daripada bersentuhan kerana mereka bukan mahram melainkan family dan isteri atau suami dibolehkan.

Lagi satu elemen yang penting, terutamanya untuk sahabat kita yang beragama Islam. Sekiranya dia tidak solat, kita sebagai sahabatnya kena tegas kepada dia supaya dia menjaga solat fardhu. Kenapa kena jaga? sebab benda nilah Allah akan tanya dulu semasa kita di akhirat nanti wallahu alam. Bila menjaga solat, hati kita akan lapang, Allah beri perlindungan inshaAllah...

Kesimpulannya, nak berkawan dengan sesiapapun boleh tetapi kita pun kena tunjuk contoh yang baik kepada sahabat kita. Nak ada hubungan persahabatan yang baik, kita pun kena bantu sama lain supaya hubungan persahabatan yang terjalin semakin erat.Semoga perkongsian ini dapat membantu diri saya dan orang lain menjadi seseorang yang lebih baik, bertakwa dan menjadi seorang sahabat yang baik inshaAllah :)

Amanah seorang manusia


AMANAH? APA ITU AMANAH ? KENAPA AMANAH ITU WAJIB DILAKSANAKAN?

Bismillahirrahmanirrahim..

Amanah ialah satu perkara yang penting yang semua orang wajib laksanakan. Manusia tidak boleh lepas tangan dari menunaikan amanah yang diberikan

Secara umumnya, setiap orang perlu amanah kepada tuhan, diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Maka, tidak hairan lah semua orang diberi amanah dan inshaAllah orang yang beramanah hidupnya akan tenteram dan aman. 

Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT. Dan fungsi sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firmanNya :

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

(Al-Anfal : 27)

2. Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah. Rasul menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana ajaran itu dilaksanakan.
Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang dituntut. 


2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam. Oleh itu, mata ,telinga , lidah ,akal adalah pancaindera yang Allah s.w.t berikan kepada khalifah di muka bumi yang bernama manusia. Maka, gunakanlah nikmat yang Allah berikan kepada kita dengan bertujuan baik dan diredhai.

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas mewujudkan hubungan manusia bermasyarakat yang baik.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita menjadi seorang yang beramanah dan berguna inshaAllah.

Safety life



What is Safety? Why people take serious on this kind of word? Safety means a someone who is being protected from unlikely cause to danger.

The accident rate in the workplace become increases especially at the construction site because the danger is everywhere.For example, even the employer have provide the protection for workers such as eye protection, hearing protection, face mask and so on but these protection are not enough to make a confirm that the condition is always safe.

So the employer should take his responsibilities to ensure his employees are under the protection with giving them the frequent breaks, job rotation in order to reduce the proability the accident or injury occurs.

Then, provide health surveillance for employees to identify their health state after exposure and set up the safe system of work in order to ensure the employees can work in a safe way.

Actually there are many ways to reduce the number of accidents in a workplace and you can find it at another websites and books. I hope this sharing can help us to be more careful and increase our awareness on the important of safety in life. So Safety First !

Tuesday, 5 December 2017

bye bye jerawat dan parut !




Assalamualaikum readers :) Harini saya akan kongsikan bagaimana muka saya boleh jadi bersih dan tiada parut.

Dulu skin elok je tapi sebab tersalah pakai produk, kulit muka menjadi oily dan jerawat makin banyak *sedih* Tapi dengan cara yang saya dah buat sebelum ni, saya dah boleh say bye bye to jerawat and parut *happy*.

Terdapat beberapa bahan yang anda perlukan seperti:

1) Bio-oil
2)bedak sejuk


3)kayu manis


4) sunblock cream(tak kisah jenama apa asalkan sesuai dengan kulit anda)


5) Sabun beras

tambahan: pakai skrub muka untuk menanggalkan sel-sel kulit mati

Untuk penjagaan muka di siang hari, anda semua boleh mencuci muka dengan sabun beras(pencuci ikut kesesuaian kulit muka anda kerana bukan semua orang sesuai dengan sabun) dan memakai sunblock cream( tak kisah jenama apa, janji sesuai dengan kulit muka anda) ketika keluar rumah supaya kulit kita dapat protection. Pakai bio oil ketika siang dan malam supaya parut jerawat dapat dihilangkan dengan kadar segera.Untuk hasil yang memuaskan, pakai bio-oil setiap hari serta jangan skip mencuci muka.

Untuk penjagaan muka di waktu malam, campurkan bedak sejuk dengan serbuk kayu manis dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai face mask bagi mengecutkan jerawat serta mencerahkan kulit yang berparut. Pakai face mask ni dalam masa 30 minit je. Pastu bilas dengan air suam. Setelah itu, pakailah bio-oil di seluruh muka agar kulit dalam keadaan lembap dan parut cepat hilang. Saya dah dapat kulit lama saya dengan cara ini dan bahan-bahannya tidak memerlukan kos yang mahal untuk membelinya.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu orang lain yang sedang mengalami masalah kulit seperti saya dahulu dapat kembali wajah berseri itu :)

p/s: Anda boleh cuba cara saya ni. Tapi kalau tak berani tak mengapa kerana bukan semua jenis kulit yang sesuai dengan cara ini terutamanya orang yang memiliki kulit sensitif dan kulit kering.

Masalah kulit dapat diatasi

Mujahadah Melawan Nafsu !






Isu pembuangan bayi, rogol, zina dan jenayah-jenayah lain tidak asing lagi di negara kita. Kita sering mengeluh tentang apa yang sering berlaku kepada kita sampaikan kita lupa untuk mencari punca masalahnya iaitu masalah nafsu seseorang itu sendiri.

Rasulullah SAW juga menegaskan: "Musuh yang paling memusuhi kamu ialah nafsu yang berada di antara dua lambungmu." (Riwayat ad-Dailami) 

Misalnya nafsu seks dan nafsu makan telah diingatkan agar diuruskan dengan baik tetapi jarang kita mendengar daripada ibu bapa, guru-guru mengingatkan kita bahawa nafsu itu ialah musuh yang wajib diperangi walaupun itulah yang sering diingatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. 

Terdapat dua faktor yang menyebabkan orang tidak melawan hawa nafsu:

1) Kebanyakan umat Islam yang jahil dan kurang ilmu pengetahuan tentang cara melawan hawa nafsu.

2)Segelintir masyarakat mengamalkan sikap eskapisme yang bermaksud ingin lari daripada menghadapi kenyataan dengan menyalahkan orang lain.

Penting untuk kita mengetahui setakat mana peringkat nafsu yang terdiri daripada Amarah, Lawwamah, Mulhamah dan Mutma'innah.

1) Nafsu Amarah: Ertinya nafsu sangat mengajak kepada kejahatan. Peringkat ini ialah tahap nafsu paling jahat dan hina. Biasanya orang yang mempunyai nafsu Amarah akan berasa bangga melakukan maksiat dan kemungkaran.

2) Nafsu Lawwamah: Ertinya nafsu yang mencela. Orang yang memiliki nafsu lawwamah menyedari dirinya sering melakukan dosa . Biasanya orang yang mempunyai nafsu lawwamah mempunyai rasa riak dan ujub ketika melakukan ketaatan kerana menyangka dirinya mulia dan baik di sisi Allah.

3) Nafsu Mulhamah: Ertinya orang yang mempunyai nafsu Mulhamah ini memiliki kebaikan di
hatinya yang mendorong dirinya menjadi lebih baik dan mampu meninggalkan tahap nafsu lawwamah. Walaubagaimanapun, nafsunya masih belum stabil.

4) Nafsu Mutma'innah: Ertinya nafsu yang diperoleh oleh seseorang hasil mujahadah(melawan nafsu) dan riyadah an-nafs (latihan diri) secara istiqamah (konsisten). Hati seseorang yang memiliki nafsu Mutma'innah memiliki hati yang tenang kerana nafsunya telah berjaya dijinakkan.

Terdapat tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu yang telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia dalam kitab Minhaj al-abidin oleh Imam al-Ghazali iaitu:

1) Menahan atau menyekat nafsu dengan cara menahan makan(berpuasa). Selain itu, nafsu boleh ditahan dengan cara menahan pandangan(mata) daripada melihat perkara haram serta mendengar perkara yang berdosa, mulut yang berkata perkara yang dilarang dan hati yang mempunyai sifat-sifat mazmumah.

2) Membebankan nafsu dengan ibadah terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat seperti membaca al-quran serta wirid-wirid tertentu bersumberkan al-quran, hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru. Mengamalkan sikap bersedekah dan melakukan kerja-kerja amal juga dapat mengurangkan dorongan hawa nafsu yang tidak baik.

3) Berdoa meminta bantuan Allah dalam usaha menewaskan nafsu.
   Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah:
"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku takwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Kesimpulannya, untuk melawan nafsu bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan jangan mudah berputus asa untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Jangan menoleh ke masa lalu dan teruskan melalui perjalanan mujahadah kerana itulah perjalanan yang penuh saadah. Meskipun seseorang yang melaluinya merasa payah namun itulah perjalanan yang murni yang memerlukan kesabaran dan ketakwaan yang tinggi. Takkan ada jalan pintas untuk berubah. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua menjadi sebuah masyarakat yang mampu memerangi hawa nafsu inshaAllah. Assalamualaikum.