Isu pembuangan bayi, rogol, zina dan jenayah-jenayah lain tidak asing lagi di negara kita. Kita sering mengeluh tentang apa yang sering berlaku kepada kita sampaikan kita lupa untuk mencari punca masalahnya iaitu masalah nafsu seseorang itu sendiri.
Rasulullah SAW juga menegaskan: "Musuh yang paling memusuhi kamu ialah nafsu yang berada di antara dua lambungmu." (Riwayat ad-Dailami)
Misalnya nafsu seks dan nafsu makan telah diingatkan agar diuruskan dengan baik tetapi jarang kita mendengar daripada ibu bapa, guru-guru mengingatkan kita bahawa nafsu itu ialah musuh yang wajib diperangi walaupun itulah yang sering diingatkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Terdapat dua faktor yang menyebabkan orang tidak melawan hawa nafsu:
1) Kebanyakan umat Islam yang jahil dan kurang ilmu pengetahuan tentang cara melawan hawa nafsu.
2)Segelintir masyarakat mengamalkan sikap eskapisme yang bermaksud ingin lari daripada menghadapi kenyataan dengan menyalahkan orang lain.
Penting untuk kita mengetahui setakat mana peringkat nafsu yang terdiri daripada Amarah, Lawwamah, Mulhamah dan Mutma'innah.
1) Nafsu Amarah: Ertinya nafsu sangat mengajak kepada kejahatan. Peringkat ini ialah tahap nafsu paling jahat dan hina. Biasanya orang yang mempunyai nafsu Amarah akan berasa bangga melakukan maksiat dan kemungkaran.
2) Nafsu Lawwamah: Ertinya nafsu yang mencela. Orang yang memiliki nafsu lawwamah menyedari dirinya sering melakukan dosa . Biasanya orang yang mempunyai nafsu lawwamah mempunyai rasa riak dan ujub ketika melakukan ketaatan kerana menyangka dirinya mulia dan baik di sisi Allah.
3) Nafsu Mulhamah: Ertinya orang yang mempunyai nafsu Mulhamah ini memiliki kebaikan di
4) Nafsu Mutma'innah: Ertinya nafsu yang diperoleh oleh seseorang hasil mujahadah(melawan nafsu) dan riyadah an-nafs (latihan diri) secara istiqamah (konsisten). Hati seseorang yang memiliki nafsu Mutma'innah memiliki hati yang tenang kerana nafsunya telah berjaya dijinakkan.
Terdapat tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu yang telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia dalam kitab Minhaj al-abidin oleh Imam al-Ghazali iaitu:
1) Menahan atau menyekat nafsu dengan cara menahan makan(berpuasa). Selain itu, nafsu boleh ditahan dengan cara menahan pandangan(mata) daripada melihat perkara haram serta mendengar perkara yang berdosa, mulut yang berkata perkara yang dilarang dan hati yang mempunyai sifat-sifat mazmumah.
2) Membebankan nafsu dengan ibadah terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat seperti membaca al-quran serta wirid-wirid tertentu bersumberkan al-quran, hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru. Mengamalkan sikap bersedekah dan melakukan kerja-kerja amal juga dapat mengurangkan dorongan hawa nafsu yang tidak baik.
3) Berdoa meminta bantuan Allah dalam usaha menewaskan nafsu.
Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah:
"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku takwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."
Kesimpulannya, untuk melawan nafsu bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan jangan mudah berputus asa untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Jangan menoleh ke masa lalu dan teruskan melalui perjalanan mujahadah kerana itulah perjalanan yang penuh saadah. Meskipun seseorang yang melaluinya merasa payah namun itulah perjalanan yang murni yang memerlukan kesabaran dan ketakwaan yang tinggi. Takkan ada jalan pintas untuk berubah. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua menjadi sebuah masyarakat yang mampu memerangi hawa nafsu inshaAllah. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment